TENTANG PROJEK INI

TENTANG PROJEK INI

Setahun yang lalu, saya berpeluang menonton satu warta berita. Rakaman upacara pemasyhuran kemerdekaan Tanah Melayu. Walaupun kualiti bahan visual kurang memuaskan, namun semangat kemerdekaan yang dirakamkan pada tarikh rahmat tersebut tidak dapat dinafikan. Saya terpegun melihat wajah anak-anak watan Tanah Melayu pada masa itu, kebanggaan jelas terpancar di mata mereka, seolah-olah mereka dibuai dengan setiap kata-kata keramat yang diungkapkan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman, yakni dinyatakan di dalam watikah pengisytiaran kemerdekaan Tanah Melayu:

“...akan kekal menjadi sebuah Negara demokrasi yang merdeka dan yang berdaulat, serta berdasarkan kepada kebebasan dan keadilan, dan mengekalkan keamanan di antara segala-gala bangsa...”

Peristiwa bersejarah itu berlaku pada tahun 1957. Walaupun gagasan Malaysia ditubuhkan hanya pada tahun 1963, watikah pengistiyaran Kemerdekaan Almarhum Tunku jelas menggariskan asas-asas penubuhan Negara kita yang tercinta. Sayang sekali, peredaran masa telah menyaksikan kita seringkali tersasar dari prinsip yang telah diasaskan oleh Almarhum Tunku. Sehinggakan Malaysia masa kini menggambarkan keindahan yang tidak terperi, dan sayangnya, pada masa yang sama, dicemari dengan contengan arang pada coretan perjalanan Negara kita. Terdetik di hati kecil saya, sekiranya Almarhum Tunku masih lagi bersama kita, apakah pandangnya terhadap kita sebagai Rakyat Malaysia? Mungkin ada baiknya sekiranya kita melayari kembali Zaman lalu dan menghayati intipati watikah pengisytiaran kemerdekaan Almarhum Tunku, bisik hati saya.

Bermula saat itu, satu ilham mengambil bentuk…

Terlintas di fikiran saya, mungkin kita perlu kembali pada zaman pengasasan Tanah Melayu. Di kala kekalutan politik, agama dan bangsa yang semakin meruncing, mungkin ada baiknya kita menyingkap kembali ke zaman di mana segala-galanya bermula. Mungkin ini akan mengingatkan kita mengenai persamaan yang kita kongsi bersama sebagai satu bangsa yang berdaulat, daripada kita mengungkit berbedaan yang remeh di antara kita. Lagipun, apa yang cuma diperlukan ialah sebuah lagu yang mampu mengamit semangat kenegaraan di antara kita semua, rakaman arkib selama 4 minit, panggilan telefon yang tiada kesudahannya dan efek visual CGI. Saya bertekad untuk mencari dana agar idea ini dapat dijayakan.

Akhirnya, kami bermula pada March 2013. Penerbit bersama, Bahir Yeusuff dan saya mula mengumpul rakaman bahan arkib dari FINAS. Kemudian kami telah berjaya mendapatkan khidmat dari syarikat efek visual, Studio Voxel serta penyanyi Asmidar, Melina Willian bersama pemuzik-pemuzik yang berbakat.

Proses pemilihan pelakon telah berlaku semasa ambang kemuncak Pilihan Raya Umum 2013 dan pengambaran bermula sejurus selepas itu. Mulai saat itu, berbekalkan iltizam untuk memberikan penghormataan yang sewajarnya kepada Almarhum Tunku, kami melakukan yang sebaik mungkin.

Di kala saya mengarangkan coretan ini, cuma dua minggu lagi sebelum pelancaran video ini dan hari ini merupakan hari ke-28 berturut-turut, saya berkerja sehingga fajar menyinsing. Ianya merupakan proses yang mendugakan, dan kekadang, menjengkelkan. Namun, saya amat berbangga dengan hasil kerja yang telah kita capai bersama. Untuk itu, sekalung penghargaan kepada semua ahli yang terlibat di dalam projek ini. Kebanyakkan daripada mereka telah bertungkus-lumus menyempurnakan tugasan yang diberikan, menjangkaui apa yang saya harapkan, dalam usaha memastikan kedua-dua video dan lagu dihasilkan dengan sebaik mungkin-dengan penuh penelitian, integriti dan cermat. Secara tulus ikhlas, saya berpendapat projek ini adalah antara yang terbaik pernah kita jayakan setakat ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penderma-penderma bagi menjayakan projek ini. Sesungguhnya, rakyat Malaysia, bukan badan-badan korporat, yang telah menjana dana projek ini. Oleh itu, tiada sebarang logo korporat akan diperlihatkan di dalam projek ini. Individu-individu ini tidak mengharapkan sebarang habuan selain daripada melihat impian projek ini dapat direalisasikan. Saya terharu dengan kepercayaan yang mereka galaskan kepada saya, dan seharusnya, saya amat berterima kasih. Nama individu-individu ini tertera di dalam laman sesawang ini, dan amatlah saya berbesar hati, sekiranya saudara/saudari mengenali mereka, hulurkanlah ucapan terima kasih kepada mereka.

Saya berharap saudara/saudari akan menerima baik video ini. Video ini diharapkan dapat mengambarkan negara kita dengan sebaik-baiknya, dan sesungguhnya, video inilah memperlihatkan inspirasi menjangkaui segala yang mampu saya luahkan. Terimalah video ini sebagai satu hadiah, tulus dari hati kami semua sempena Hari Malaysia. Hadiah ini diberikan dengan semangat dan aspirasi sama yang Almarhum Tunku hadiahkan kepada kita semua - tidak kira latar belakang, darjat dan keturunan, kita sama-sama berkongsi hadiah ini.

Terima kasih kerana sudi menonton. Sebarkanlah kepada sahabat handai sekalian.

PETE TEO

4am 5hb September 2013

VIDEO

PENGHARGAAN

PENGHARGAAN

MENAMPILKAN

Ambiga Sreenevasan
Asmidar
Benjamin Yong
David Arumugam
Jin Lim
Jo Kukathas
Lim Kit Siang
Liow Tiong Lai
Marina Mahathir
Melina William
Michelle Yeoh
Mohd Nazir b Tun Abdul Razak
Namewee
Ng Choo Seong
Nurul Izzah Anwar
Ramli Ibrahim
Reuben Kang
Saifuddin Abdullah
Santokh Singh
Sharifah Amani
Sharyn Lisa Shufiyan
Sofia Jane
Tengku Razaleigh Hamzah
Yasmin Ahmad
and more

DISOKONG OLEH

Andreas Teoh
Arvind Mohan
Chris Wong
Daud Mohammad
Fatima B
Gan Kok Xan
Jeff Nawawi
Martin Peterson
Mustafa Ahmad
Wilson Sng
Yap Lim Sen
Yazid N. Hassan

PENERBIT EKSEKUTIF

Pete Teo

PENERBIT

Bahir Yeusuff
Albert Law

PENGARAH DAN EDITOR

Pete Teo

PENGARAH FOTOGRAFI

Yong Choon Lin
Mussadique Suleiman

VFX PRODUCER

Yasmin Suleiman

PENYELIA VFX

Jordan Suleiman
Muhammad Zaidi Abu Bakar

ARTIS VFX

Ashrel Hafizi
Koh Tak Wei
Amir Hamzah Abdul Rahim
Huzaini Sahmawi

GAFFER

Vincent Chai

GRIPS

Loo Chun Yang
Chin Poh Yen
Loo Chun Yang
Teo Kok Wah

JURU SOLEK

Yap Pui Lin
Ida Julianna Bt. Jalamuddin
Marina
Fauziah Ismail

MAKING OF

Lim Benji

SUKARELAWAN

Jiayi Low
Lim Xin
Lixing Siow
Wendy Ng

PEMBANTU

Becky Anderson

PEREKA LAMAN WEB

Tommy Ng

TERIMA KASIH KHAS

Arlene Ngan
Kazuki Takami
Lisa Ngan
Leo Fung
Ooi Choong Han
Ooi H.S.
Patrick Ngan
Stephen Lim
Tan Peng Kian
Tan Wei Tee

"KEMBARA"

MUZIK

Pete Teo

LIRIK

Amran Omar
Pete Teo

VOKAL

Asmidar

PIANO

Tay Cher Siang

SUSUNAN INSTRUMEN

Sayaka Katsuki

VIOLIN & VIOLA

Sayaka Katsuki
Momoko Sato

CELLO

Keisuke Katsuki

BASS

Toru Nishijima

OBOE

Nao Kikuchi

MIX

Pete Teo

MASTERING

Leo Fung

PENERBIT

O.P. Redbag Music
S.P. Universal Music Publishing

Vokal dirakam di Redbag Studio oleh Pete Teo. Piano dirakam di Ark Studios oleh Nick Lee. Strings dirakam di Volta Studio Japan oleh Takashi Akaku

"SLIPSTREAM"

MUZIK & LIRIK

Pete Teo

VOKAL

Melina William

PIANO

Sharon Chong

CELLO

Florian Antier

MIX

Pete Teo

MASTERING

Leo Fung

PENERBIT

O.P. Redbag Music
S.P. Universal Music Publishing

Dirakam di Redbag Studio
oleh Pete Teo

PAUTAN

Proclamation of Independence
Terjemahan bahasa Inggeris ucapan Merdeka Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka pada 31hb Ogos, 1957.
Laman Facebook Hari Malaysia
Galeri gambar dari laman Facebook Hari Malaysia
The Tunku Abdul Rahman Archive Website
Koleksi online tulisan oleh atau tentang Tunku Abdul Rahman.
Tunku's Great Ideas
Satu laporan yang dikeluarkan oleh Institu\t Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi bertajuk "Tunku's Great Ideas" (PDF).
IDEAS launches Malaysia Day Grant for Students
Pelancaran Malaysia Day Grant untuk para pelajar yang mengadakan aktiviti sejurus dengan prinsip pengasasan pengisytiharan Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman.
The Tunku Abdul Rahman Graduate Scholarship
Dana Siswazah Tunku Abdul Rahman yang diberi oleh universiti St. Catharine's College di Cambridge, UK.
REMEMBERING TUNKU ABDUL RAHMAN'S LAST SPEECH
Sebuah penerbitan BFM 89.9 tentang ucapan awam terakhir Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Collection of Tunku's Speeches
Koleksi ucapan Tunku Abdul Rahman dari Arkib Negara.
The Tunku Abdul Rahman Putra Memorial
Maklumat mengenai Tugu Peringatan Tunku Abdul Rahman Putra.
Roving Report: Project Malaysia
Filem berita dari 1961 tentang Pelan Malaysia.
MALAYAN FILM UNIT
Latar belakang Malayan Film Unit.
Tunku Abdul Rahman Foundation
Studio Voxel

Sila beritahu rakan-rakan dan keluarga anda mengenai video ini. Sila bantu kami sebarkannya. TERIMA KASIH!!
FacebooktwitterGoogle+EmailEmbed Code

Sila beritahu rakan-rakan dan keluarga anda mengenai video ini. Sila bantu kami sebarkannya. TERIMA KASIH!!
FacebooktwitterGoogle+EmailEmbed Code

"KEMBARA"

Written by Pete Teo & Amran Omar
Performed by Asmidar

Menyusuri detik waktu
Citra indah duniaku

Sepanjang jalan di lalui
Terpahat di hati
Kasih ku bersemi

Adakah kau bersamaku
Adakah kau bersamaku

Mengembara
Dalam tangis tawa
kasih kita yang tiada batasnya


"SLIPSTREAM"

Ditulis oleh Pete Teo
Dipersembahkan oleh Melina William

See how you go slipstreaming on.
Menglihat mu mengembara
Past crimson rose and fields of gold.
Menyeberangi lembayung bunga rose dan bidang emas

Along these fallowed steps to your heart
Bersama-sama detik-langkah ke hatimu
Where you did find me there
Di situlah kita bertemu
And I did come so far
Dan saya telah jauh berangkat

People are you coming with me?
Adakah kau bersama ku?
People are you coming with me?
Adakah kau bersama ku?

So now we go through wind rain sleet and snow.
Kini kita sama-sama menlintasi bermacam-macam
The love we speak is more than they'll ever know.
Cinta yang kita peluki, mereka tak akan mengerti



HARI MALAYSIA